:::Keistimewaan Baginda Nabi Muhammad S.A.W:::

on Rabu, 23 Januari 2013
¤ Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi MuhammadSAW tidak pernah menguap sama sekali.”

¤ Rasulullah SAW melihat orang yang di belakangnya seperti melihat orang yang berada di hadapannya.
Diriwayatkan oleh al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu dapat melihat Kiblatku di sini? Demi Allah! Rukuk dan sujud kamu tidak sekali-kali terlindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.

¤ Rasulullah SAW melihat dan mendengar apa yang kita tidak dapat lihat dan dengar.
Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih.

Calon Kedatangan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Telah Termaktub dalam Kitab-Kitab Agama Lain

  •  Nabi Muhammad dalam Agama Hindu.
Salah satu ramalan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. yang sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.

Dan ayat –ayat Hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
- Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahwa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu),
tetapi seorang yang asing.
-Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahwa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah.
-Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahwa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Mekah yang berjumlah sekitar 20 suku.

  •   Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianisme) yaitu kitab agama orang-orang Parsi ada menyebut seperti berikut: